Semua sihat? Alhamdulillah... Asyik cakap pasal kesihatan je pun boring jugak kan.. So sekarang kite share few info regarding bakal2 isteri :)
Ramai yang tak tahu,wanita ni kalau nak masuk syurga senang sgt2..banyak cara...nak dapat dosa pun senang jugak :) Jalan paling mudah untuk ke syurga adalah dengan mentaati suami dan menyenangkan hati suami anda :) Macam mana? Jom...!
- Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih,dan isteri melayan dengan baik,maka isteri akan dapat pahala jihad. Untung kan?
- Isteri yang tidur tak lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit, maka dia akan dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. MashaAllah..
- Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.
- Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut,Allah akan beri ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah. Subhanallah...
- Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa di suruh akan mendapat 7 ketul emas. Tapi kalau isteri picit kepala suami lepas disuruh,dia akan mendapat 7 ketul perak.
- Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati,dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
- Bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat tanpa lengah, dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang kita suka. Best kan?
- Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.
- Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya... bye2 yang...hehehe...Selain itu,dia juga akan jadi ketua bidadari bila di syurga nanti..
Nampak tak...senang je kan..semua tu benda yang kita buat harian..tapi lebih baik bila kita nak mula semua kerja2 harian kita,kita mulakan dengan nama Allah,zikir dan jangan merungut..Jangan sampai jadi isteri yang nusyuz..
Renung2 kan dan selamat beramal :)